Posts

Ibu Bapa Pemangkin Ujaran Pertama Kanak-Kanak

Image
Proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak merupakan prestasi manusia yang paling hebat dan menakjubkan. Oleh itu, perkembangan bahasa yang berlaku ketika kanak-kanak sedang membesar merupakan salah satu aspek yang seharusnya tidak luput daripada perhatian semua pihak iaitu ibu bapa khususnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan kanak-kanak dan sentiasa ada bersama-sama sepanjang kanak-kanak tersebut melalui proses tumbesaran mereka. Ibu bapa juga merupakan guru pertama bagi setiap kanak-kanak untuk mencapai kejayaan mereka secara berperingkat dalam proses pemerolehan bahasa pertama mereka. Persoalannya, sejauh manakah pengaruh keluarga atau ibu bapa dapat membantu meningkatkan proses pemerolehan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak? Menurut pendapat Awang Mohd Amin (1979), beliau mengatakan bahawa umur kanak-kanak antara 1 hingga 5 tahun merupakan waktu penguasaan bahasa yang paling kritikal. Dalam jangka masa kritikal in

Kaedah Selami Bahasa Kedua

Image
Terdapat pelbagai jenis bahasa yang digunakan oleh manusia di seluruh dunia. Bahasa merupakan salah satu alat komunikasi yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Selain itu juga, penggunaan sesuatu bahasa juga merupakan salah satu cara bagi menguasai sesuatu ilmu dalam pelbagai bidang di dalam dunia ini. Setiap negara dalam dunia ini mempunyai bahasa Ibunda mereka yang tersendiri. Misalnya negara Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda mereka. Umum mengetahui bahawa bahasa pertama sering dikuasai oleh seseorang secara langsung dan tidak formal melalui rangsangan persekitaran seperti bantuan ibu bapa. Kebiasaannya individu akan menguasai bahasa pertama mereka ketika mencapai lingkungan umur 5 tahun. Seterusnya, bahasa tersebut akan deperkukuhkan lagi melalui sistem yang lebih formal seperti pembelajaran di dalam bilik darjah dan sebagainya. Namun begitu, penguasaan bahasa bukanlah melibatkan bahasa pertama sahaja malah turut melibatk

Kecelaruan Bahasa: Apa Itu Disgrafia

Image
Disgrafia merupakan salah satu daripada jenis-jenis disleksia. Secara umumnya, disleksia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu hiperleksia, diprasia, disleksia visual, disleksia auditori, diskleksia visual-auditori dan termasuklah disgrafia yang telah dinyatakan. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi tentang disgrafia, mari kita fahami terlebih dahulu mengenai apa itu disleksia… Disleksia atau juga dikenali sebagai kecelaruan bahasa merupakan sejenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah kanak-kanak. Secara literalnya, disleksia bermaksud ‘kesukaran dalam berbahasa’ (Ott dalam Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan, 2006). Namun begitu, kanak-kanak disleksia hanya mengalami gangguan dalam pembelajaran ketika di peringkat kanak-kanak dan ia bukanlah dikategorikan sebagai suatu penyakit. Kebanyakan golongan atau masyarakat berfikiran bahawa disleksia ini hanya melibatkan kepada gangguan pembacaan dan pertuturan sahaja. Namun begitu, kanak-kanak disleksia kebiasaanya turut mengalami