Ibu Bapa Pemangkin Ujaran Pertama Kanak-Kanak
Proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak merupakan prestasi manusia yang paling hebat dan menakjubkan. Oleh itu, perkembangan bahasa yang berlaku ketika kanak-kanak sedang membesar merupakan salah satu aspek yang seharusnya tidak luput daripada perhatian semua pihak iaitu ibu bapa khususnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan kanak-kanak dan sentiasa ada bersama-sama sepanjang kanak-kanak tersebut melalui proses tumbesaran mereka. Ibu bapa juga merupakan guru pertama bagi setiap kanak-kanak untuk mencapai kejayaan mereka secara berperingkat dalam proses pemerolehan bahasa pertama mereka. Persoalannya, sejauh manakah pengaruh keluarga atau ibu bapa dapat membantu meningkatkan proses pemerolehan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak? Menurut pendapat Awang Mohd Amin (1979), beliau mengatakan bahawa umur kanak-kanak antara 1 hingga 5 tahun merupakan waktu penguasaan bahasa yang paling kritikal. Dalam jangka masa kritikal in